Saturday, November 14, 2015

Menunggang kuda impianku

Aku sudah lama mengimpikan untuk menunggang kuda. Impian aku ni bukan baru tapi dah lama sebenarnya.  Alhamdulillah akhirnya tercapai jua dengan izinNya.
Aku belajar menunggang kuda ni dah hampir setahun di Georgetown Penang.  Ceritanya macam ni, suatu hari suami aku ni masuk wad sebab sakit jantung ,terjumpa dengan seorang mamat jokey yang juga sakit jantung juga. Sembang punya sembang sampai akhirnya aku bersetuju beli seekor kuda padi. Di situlah bermulanya aku dengan kehidupan untuk mempelajari kuda sehinggalah aku pandai la juga menunggang kuda hahaha.
Nasib baik la suami aku terjumpa mamat tu, bila aku cerita kat mak aku, yang aku ni suka kuda, mak aku pulak siap bagi duit untuk kami beli kuda tu, tu la yang dikatakan rezeki.
Semenjak hari itu, aku, suami dan anak kecilku sering berulang di Balik Pulau kerana belajar menunggang. Tapi hampeh... Mamat ni ajar menunggang lambat dapat.  Sampaila..aku wakaf kuda tu kat UUM sebab ada sedikit kontroversi sebab orang yang jaga kuda aku tu dera kuda aku sampai jadi kes polis.
Selepas kejadian tersebut, aku dan suami masih belum serik sebab teruja dengan kuda.  Aku pergi ke Veterinary Georgetown jumpa dengan bekas jokey juga tapi kali aku belajar dengan dia sehingga aku pandai trot.  Masa ni menang seronok.  Allah saja yang tahu.
Masa aku belajar berkuda ni, aku rasa tubuh aku semakin slim, tu yang best. Bila aku pergi timbang berat, wah...! 4 kilo juga turun.. Perut pulak menang kempis.. keyakinan diri meningkat.. Subhanallah.  Menang rasa luar biasa patut la jadi sunnah rasulullah.
Sekarang ni aku tengah dok uruskan kursus yang melibatkan pengurusan kuda sebelum menunggang, selepas menunggang dan penjagaan kuda yang betul... baru boleh bina bonding dengan kuda. Tunggu lepas ni ada banyak lagi cerita pasal kuda..tunggu...




Monday, May 12, 2014

Seronok Bersama Keluarga Di Bukit Bendera Penang

Bulan Mei 2014 adalah tarikh aku bersama suami dan anak kecilku kami berhijrah ke Pulau Pinang secara rasmi.  Kami duduk di Kediaman Berkeluarga Ijazah Pertama Cahaya Gemilang USM.  Inilah saat yang aku nanti-nantikan, iaitu bersama suami tercinta dan anak-anak di Pulau Pinang.  Allah telah memakbulkan doa dan impian aku yang selama ini menjadi hasrat kami sekeluarga.  Alhamdulillah tercapai jua. Setelah kami menghadapi pelbagai dugaan yang tidak pernah aku sangka. Dugaan orang perempuan yang berumah tangga. Walau bagaimanapun aku tetap bersyukur kepadaNya kerana telah memberi rahmat disebalik musibah.  Setelah penat aku bertarung dengan pelbagai masalah, bila pergi ke Bukit bendera melihat pemandangan alam kami menjadi begitu seronok.
Lihatlah betapa indahnya suasana alam yang allah sediakan untuk kita subhanallah.  Setibanya aku,suami dan anak kecilku di Bukit Bendera aku beratur untuk beli tiket.  Harga tiket murah ,okey mampu beli,seorang dewasa harga RM8 dan kanak-kanak RM4 tapi hari tu kami kena bayaran RM18 sahaja rezeki.  Untuk kami naik keretapi kami perlu beratur di ruang menunggu.  Ramai juga orang hari minggu ni.  Tapi kami merupakan orang yang terakhir ingatkan dah terlepas keretapi tapi kami dapat naik bersama orng lain juga.


Aku, suami dan anak kecilku, kami menjejak Bukit Bendera setelah sekian lama, mas itu anak kedua kami berusia 2 tahun dan kini beliau dah pun berusia 18 tahun.  Ha! bayangkan...Tapi kali ni seronok sebab banyak perubahan yang kami dapat lihat.  Dulu kami mendaki bukit bendera dengan kereapi kayu tapi kini keretapinya dah lebih canggih. Punya la lama kami tidak ke Bukit Bendera sampai dah bertukar keretapi.

Wednesday, January 22, 2014

Salam Sejahtera untuk semua

Travelog Srikandi Islam akan menceritakan kisah-kisah lawatan yang pernah  dilawati di bumi Allah ini insyaallah.  Mudah-mudahan kita dapat berkongsi pengalaman, apa yang kita percaya dan kita faham tentang kehidupan yang sebenarnya.  Hakikatnya kita semua sentiasa bermusafir dibumi Allah selagi hayat dikandung badan.  Maka marilah bermusafir disegelinap bumi Allah mengikut kemampuan kita.

Alhamdulilah setakat ini belum banyak tempat lagi yang aku pergi kerana tanggungjawap aku sebagai seorang anak,isteri dan ibu yang perlu aku penuhi.  Tapi kini anak-anakku telah membesar dan mereka sudah boleh berdikari dan mereka juga berkelana dibumi Allah ini kerana mencari redha Allah.  

Anak sulungku 19 tahun baru tamat pengajiannya di Darul Quran di Kuala Kubu, Selangor untuk pensijilan tahfiz al-quran. Anak keduaku 17 tahun melanjutkan pelajarannya di Pondok Bandar Hilir, Parit Panjang, Kedah dan anakku yang ketiga 12 tahun belajar di Pondok Misbahul Falah, Parit Panjang, Kedah.

Manakala ibuku seorang wanita yang sangat aku kagumi kerana kini dia berusia 74 tahun tapi dia telah mengambil satu keputusan berkelana dibumi Allah.  Aku sangat menghormati keputusan ibu untuk berhijrah demi mendapat redha Allah.  Bonda berhijrah dari Kuala Lumpur ke Pondok Misbahul Falah kerana ingin berkhidmat kejalan Allah.

Aku sangat berterima kasih pada ibuku kerana telah membuka peluang untuk kami sekeluarga untuk mengenali sistem pondok dengan lebih dekat lagi.  Kini kami sekeluarga mula beralih dari sistem pendidikan aliran perdana ke sistem pendidikan pondok yang lebih menjamin masa depan dunia dan akhirat kami insyaallah.

Aku sangat kecewa dengan sistem pendidikan sekarang.  Anak aku yang pertama alhamdulillah Allah permudahkan urusan dia UPSR 5A, PMR 5A, SPM 8A.  Oleh itu, dengan keputusan yang ada dia dapat melanjutkan pendidikan di SMKA Mahaad Hamidiah Kajang terus ke Darul Quran dan degree pertamanya di UIA.

Kata guru anakku yang kedua kebolehannya lebih kurang je dengan abang dia tapi lebih banyak main.  Keputusan UPSR dia 2A3B, PMR 5A dan Bahasa Arab dia dapat C jadi dia tidak layak masuk mana-mana sekolah agama.  

Aku masukkan dia disekolah menengah harian biasa tapi banyak yang aku tak puas hati tentang akhlak anak aku.  Aku pening kepala    
kerana akhlak anak kedua aku ketika itu tidak seperti anak aku yang pergi ke sekolah agama. Mereka hari-hari didedahkan dengan didikan agama hadis, al-quran dan macam-macam kitab yang mereka belajar pasal nak bentuk akhlak yang mulia. Tapi anak aku yang nombor 2 bila aku p sekolah dia aku naik pening kerana mereka langsung tidak dedahkan hal- hal agama seperti sekolah anak sulung aku.  Jadi akhlak mereka sangat berbeza.  Tidak cukup dengan didkan dirumah kerana persekitaran mereka tidak membantu untuk mempunyai akhlak yang mulia.



Aku dan suami sangat mengambil berat tentang pendidikan anak-anak kami sehingga kan aku sanggup berhenti kerja demi pendidikan mereka.  

Dulu aku pernah bekerja sebagai technician 1 di Hitachi Electronic di Bandar Baru Bangi. Manakala suamiku adalah seorang guru.  Kami sangat-sangat mengambil berat tentang kesihatan dan pendidikan mereka.

Pada suatu hari yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t ,anak kedua aku sering demam jadi aku terpaksa berjaga malam dan kemudian sering bercuti dari bertugas.  Dan sampai suatu ketika cuti aku habis dan tidak boleh bercuti lagi.  Tapi anak kecil ku ketika itu sangat-sangat memerlukan ibu di sisinya.  Lalu kami suami isteri berbincang demi kebaikan dan pembesaran anak yang sempurna aku mengambil keputusan berhenti kerja walaupun ketika itu aku bergaji besar dan dinaikan gaji dan pangkat.

Tuesday, January 21, 2014

Best Treasure Hunt di Penang dengan group USM 2013

Best pergi 'Treassure Hunt' dengan 'group' USM

 Lukisan yang anda lihat didinding ini merupakan arca yang dibuat dari besi dan ia di bentuk dalam pelbagai rupa.

Ini adalah antara 'street art' yang ada di George Town, sangat ramai pelancong asing dan dalam negara yang datang untuk melihat 'street art' ini.
Ini adalah pelajar USM dari pelbagai bidang.
                                         papan tanda jalan Lebuh Acheh 

Kami berkumpul di perkarangan Masjid jamek Lebuh Acheh Pulau Pinang sebelum bermulanya 'Treasure Hunt'.  Kami memulakan permainan ini dari sini dan dalam kumpulan kami ada 4 orang saja bagi setiap kumpulan.  Terdapat dalam 6 kumpulan ketika itu.


                                                              Barang-barang lama
Lukisan kanak-kanak di dinding

http://www.syokhost.com/
Di Jalan Acheh ini bukan kami saja malah ramai pelancong dari luar negara juga sibuk bergambar dengan lukisan 'street art' ini.  Ia menjadi daya tarikan untuk para pelancong baik dari dalam negara macam kami maupun dari luar negara kerana ia memang menarik.  Memang seronok !  Dengan adanya 'Treasure Hunt' ni kami lebih mengenali pekan Goerge Town ini.  Selepas itu kami ke Muzium Pulau Pinang dan kemudiannya kami ke Port Cornwillis.  Kemudiannya kami pergi makan di Padang Kota makan Pasembor.http://jamuherbabersalin.blogspot.com/http://www.syokhost.com/

USM: Perkhemahan bersama PBSM di Kem PLKN Sri Mutiara Pulau Pinang

 Kem Sri Mutiara Balik Pulau Pulau Pinang Ogos 2013 bersama Persatuan Bulan Sabit Merah

 


Pemandangan di Kem PLKN Sri Mutiara Balik Pulau Pulau Pinang amat cantik sekali.  Langit yang luas dan berbukit bukau, aku merasa sangat seronok kerana ini merupakan kali pertama aku mengikuti perkhemahan di sini.  Sebelum ini aku pernah juga mengikuti program seperti ini yang dianjurkan oleh USM iaitu Pimpin Siswa tapi di Grik, Perak.  Program ini bertujuan untuk memberi latihan kerjasama dan melakukan aktiviti lasak.

Saya amat mengagumi pemandangan di sini sangat cantik dan saya sangat teruja untuk memenuhi minat dan kegilaan saya pada fotografi.  Bila saja saya di sini saya tidak berhenti-henti mengambil gambar pemandangan yang sungguh indah ciptaan Allah s.w.t.  Saya mengambil gambar ini dari jarak yang sungguh jauh tapi kamera sony saya masih mampu mengabdikan keindahan pemandangan kampung di Balik Pulau ini.

Pemandangan ini saya ambil semasa kami dibawa 'jungle tracking'  jauh juga 3km kami berjalan.  Saya pula jalan terhenti-henti kerana nak ambil gambar, terlalu banyak pemandangan yang indah yang sukar dilepaskan.  Semaasa ini banyak macam-macam 'angle'  saya ambil.

 

Gambar yang saya masukkan ini belum cukup banyak tapi tidak mengapa kita akan berjumpa lagi ...Masih banyak yang nak ditunjukkan di Kem Sri Mutiara Balik Pulau ni.

Saturday, October 5, 2013

stesen sg petani

stesen Sg 
Petani

Ada banyak ke pelbagai destinasi termasuk la destinasi aku ke Parit Panjang.   Pondok Misbahul Falah tu jalan nak ke Lanai...tempat pelajar- pelajar muslim mempelajari dan mendalami agama Islam yang sangat mereka cintai.

penang

Pemandangan di Pulau Pinang sangat seronok. Di kelilingi laut yang terbentang luas.  Di atas feri,angin laut bertiup kuat, aku rasa sangat seronok dapat melihat dan merasai nikmat yang Allah jadikan.

Ramai orang berpusu-pusu masuk ke dalam feri. Orang jalan kaki mahu pun kereta. Tapi pagi ni tidak ada kereta mungkin mereka masuk jalan guna jejambat.

Keadaan atas feri hari ini aman mungki. sebelah pagi, orang pun tidak ramai.

Sampai dah sampai pun ke seberang. Dari feri jalan kaki lagi ambil bas dari Butterworth nak pergi ke SP.  Duit tambang kena rm4.50, aku naik bas ekspress dan aku jangka nak sampai lagi 2 jam.

ferry

pagi ni aku dari usm nak pergi ke Parit panjang.  Dari kampus aku bakti permai ke sg dua.  kira2 15 min berjalan.  Bas USM hari ahad x de jadi aku perlu betjalam kaki untuk ke sg dua.
aku naik bas 301 untuk ke Jetty. Dah sampai pun Jetty.  Dari Usm masuk jetty x kena bayaran.

aku pertama kali dari usm naik ferry sendiri.

Sunday, September 22, 2013

dari kl ke penang

aku dari kl ke pulau pinang utk bergelar sebagai seorang graduan usm. aku di usm ni seorang diri tanpa ibu, suami dan anak2 di sisi.

Tapi aku bersabar demi masa depan keluarga najmie, aku reda kerana allah. aku tahu allah itu sangat kaya dan pemurah.

Tidak pernah menzalimi hambanya.demi ilmu aku sanggup berjauhan dengan keluarga ku.

hari pertama aku ke usm aku di hantar oleh ibu dan suami dan anak tercinta.

aku berharap aku dapat menjadi inspirasi buat anak2 ku utk mereka berjaya dan berusaha.

Wednesday, April 17, 2013

kembara4u blogspot.com : Malaysia Ke Mekah

Kembara4u blogspot.com memulakan perjalanan kembaranya dari Malaysia ke Mekah bersama ibunya Ustazah Azizah dan rakan-rakan seguru.  Sebelum pergi ke Mekah pelbagai persediaan yang dibuat diantaranya persediaan dari sudut kewangan, passport, visa dan yang paling penting adalah persediaan ilmu untuk menjalankan ibadat umrah. Perjalanan pertama kali kembara4u blogspot.com ke Mekah dan Madinah.  Memang amat-amat teruja.  Maklumlah Mekah dan Madinah merupakan tempat beribadat yang paling diimpikan oleh setaip orang muslim dan muslimat.

Kembara4u blogspot .com masih ingat lagi tarikh penerbangan, ketika itu ialah 28 April 2008 dan pesawat yang aku naik ketika itu Saudi Arabian Airbus.  Airbus yang kami naiki itu sangat besar dan terdapat dua tingkat.  Perjalanan dari Malaysia ke Mekah  mengambil masa 8 jam 20 minit.  Boleh tahan rasa letih, dalam airbus kerja aku makan, tidur lepas tu ke toilet. Makanan dalam Saudi Airbus semuanya sedap-sedap. Lepas makan sedap tengok pula pemandangan diluar tingkap tapi hanyalah awan yang keputih-putihan saja.
Setibanya Kembara4u blogspot.com di Mekah, kami terus ke Masjidil haram untuk mengerjakan umrah.  Aku masih ingat lagi kami bertolak jam 3 petang dari Malaysia dan kami tiba di Masjidil haram ketika itu lebih kurang 2.30 pagi waktu Mekah, setelah uruskan bagasi kami naik bas untuk menuju ke Masjidil Haram.  Memang letih kerana waktu tidur kami dah jadi tak menentu.  Lihatlah keindahan yang terdapat pada  Masjidil Haram ketika itu. Subhanallah.  Setelah selesai baru kami pergi ke hotel.
Keesokkan harinya Kembara4u blogspot.com mula aktiviti lawatan di tempat-tempat seperti  ladang unta, tempat rasulullah wuquf di Arafah, Jabal Rahmah, Jabal Thur, pasar kurma dan banyak tempat lagi.





\