Wednesday, April 17, 2013

kembara4u blogspot.com : Malaysia Ke Mekah

Kembara4u blogspot.com memulakan perjalanan kembaranya dari Malaysia ke Mekah bersama ibunya Ustazah Azizah dan rakan-rakan seguru.  Sebelum pergi ke Mekah pelbagai persediaan yang dibuat diantaranya persediaan dari sudut kewangan, passport, visa dan yang paling penting adalah persediaan ilmu untuk menjalankan ibadat umrah. Perjalanan pertama kali kembara4u blogspot.com ke Mekah dan Madinah.  Memang amat-amat teruja.  Maklumlah Mekah dan Madinah merupakan tempat beribadat yang paling diimpikan oleh setaip orang muslim dan muslimat.

Kembara4u blogspot .com masih ingat lagi tarikh penerbangan, ketika itu ialah 28 April 2008 dan pesawat yang aku naik ketika itu Saudi Arabian Airbus.  Airbus yang kami naiki itu sangat besar dan terdapat dua tingkat.  Perjalanan dari Malaysia ke Mekah  mengambil masa 8 jam 20 minit.  Boleh tahan rasa letih, dalam airbus kerja aku makan, tidur lepas tu ke toilet. Makanan dalam Saudi Airbus semuanya sedap-sedap. Lepas makan sedap tengok pula pemandangan diluar tingkap tapi hanyalah awan yang keputih-putihan saja.
Setibanya Kembara4u blogspot.com di Mekah, kami terus ke Masjidil haram untuk mengerjakan umrah.  Aku masih ingat lagi kami bertolak jam 3 petang dari Malaysia dan kami tiba di Masjidil haram ketika itu lebih kurang 2.30 pagi waktu Mekah, setelah uruskan bagasi kami naik bas untuk menuju ke Masjidil Haram.  Memang letih kerana waktu tidur kami dah jadi tak menentu.  Lihatlah keindahan yang terdapat pada  Masjidil Haram ketika itu. Subhanallah.  Setelah selesai baru kami pergi ke hotel.
Keesokkan harinya Kembara4u blogspot.com mula aktiviti lawatan di tempat-tempat seperti  ladang unta, tempat rasulullah wuquf di Arafah, Jabal Rahmah, Jabal Thur, pasar kurma dan banyak tempat lagi.





\