Monday, May 12, 2014

Seronok Bersama Keluarga Di Bukit Bendera Penang

Bulan Mei 2014 adalah tarikh aku bersama suami dan anak kecilku kami berhijrah ke Pulau Pinang secara rasmi.  Kami duduk di Kediaman Berkeluarga Ijazah Pertama Cahaya Gemilang USM.  Inilah saat yang aku nanti-nantikan, iaitu bersama suami tercinta dan anak-anak di Pulau Pinang.  Allah telah memakbulkan doa dan impian aku yang selama ini menjadi hasrat kami sekeluarga.  Alhamdulillah tercapai jua. Setelah kami menghadapi pelbagai dugaan yang tidak pernah aku sangka. Dugaan orang perempuan yang berumah tangga. Walau bagaimanapun aku tetap bersyukur kepadaNya kerana telah memberi rahmat disebalik musibah.  Setelah penat aku bertarung dengan pelbagai masalah, bila pergi ke Bukit bendera melihat pemandangan alam kami menjadi begitu seronok.
Lihatlah betapa indahnya suasana alam yang allah sediakan untuk kita subhanallah.  Setibanya aku,suami dan anak kecilku di Bukit Bendera aku beratur untuk beli tiket.  Harga tiket murah ,okey mampu beli,seorang dewasa harga RM8 dan kanak-kanak RM4 tapi hari tu kami kena bayaran RM18 sahaja rezeki.  Untuk kami naik keretapi kami perlu beratur di ruang menunggu.  Ramai juga orang hari minggu ni.  Tapi kami merupakan orang yang terakhir ingatkan dah terlepas keretapi tapi kami dapat naik bersama orng lain juga.


Aku, suami dan anak kecilku, kami menjejak Bukit Bendera setelah sekian lama, mas itu anak kedua kami berusia 2 tahun dan kini beliau dah pun berusia 18 tahun.  Ha! bayangkan...Tapi kali ni seronok sebab banyak perubahan yang kami dapat lihat.  Dulu kami mendaki bukit bendera dengan kereapi kayu tapi kini keretapinya dah lebih canggih. Punya la lama kami tidak ke Bukit Bendera sampai dah bertukar keretapi.