Wednesday, January 4, 2017

Pemerhatian Naturalistik

Pemerhatian Naturalistik

Pemerhatian naturalistik adalah kaedah yang digunakan oleh ahli psikologi sain sosial.  Teknik ini melibatkan pemerhatian subjek dalam persekitaran semulajadi mereka.  Kajian seperti ini sering digunakan dalam situasi yang sebenar dan kosnya adalah terlalu tinggi kerana pengkaji mungkin akan dipengaruhi oleh perilaku sebenar pelaku.  Dalam kajian seperti ini pengkaji hanya melihat tingkah laku pelaku tanpa sebarang campurtangan.  Contoh, katakan pengkaji ingin melihat aspek-aspek tertentu tingkahlaku seperti dalam bilik darjah, interaksi sesama pelajar, dinamika antara guru dan pelajar dengan menggunakan jenis pemerhatian naturalistik ini sebagai sebahagian daripada penyelidikkan mereka.  

Jika pemerhatian naturalistik ini dilakukan dimakmal ia tidaklah seberjaya seperti di setting semulajadi.  Ini kerana jika dilakukan dalam makmal mungkin akan mempengaruhi peserta kerana mereka tahu yang mereka akan diperhatikan dan ini akan menyukarkan pengkaji untuk membuat pemerhatian keatas tingkahlaku sebenar yang diingini.  Contoh jika pemerhatian dilakukan di setting semulajadi seperti di bilik darjah tempat mereka berulang alik setiap hari, bergaul antara mereka, ini memudahkan pengkaji melihat tingkahlaku yang dikehendakki secara semulajadi keatas pelajar.

Untuk lebih memahami kajian pemerhatian naturalistik penulis mencadangkan agar menonton drama Korea yang bertajuk "The Beautiful You" cerita ini mempunyai sarikata Bahasa  Inggeris yang mudah untuk difamahi, dan kita akan memahami bagaimana pemerhatian naturalistik ini dijalankan.

Dalam melakukan kajian ini terdapat kebaikan dan juga keburukkan, antaranya pengkaji tidak boleh memanipulasi kerana ia adalah etika, pengkaji mengkaji tanpa diketahui oleh peserta jadi pengkaji boleh mengutip data yang sebanyak mungkin dan pengkaji dapat melihat tingkahlakusebenar yang mungkin telah ada kesahihan penyelidikkan sebelum itu kerana populasinya adalah besar dan umum.. Manakala keburukkannya adalah pengkaji yang mengkaji kemungkinan besar akan dipengaruhi oleh persekitran yang pengkaji sedang kaji.