Saturday, November 14, 2015

Menunggang kuda impianku

Aku sudah lama mengimpikan untuk menunggang kuda. Impian aku ni bukan baru tapi dah lama sebenarnya.  Alhamdulillah akhirnya tercapai jua dengan izinNya.
Aku belajar menunggang kuda ni dah hampir setahun di Georgetown Penang.  Ceritanya macam ni, suatu hari suami aku ni masuk wad sebab sakit jantung ,terjumpa dengan seorang mamat jokey yang juga sakit jantung juga. Sembang punya sembang sampai akhirnya aku bersetuju beli seekor kuda padi. Di situlah bermulanya aku dengan kehidupan untuk mempelajari kuda sehinggalah aku pandai la juga menunggang kuda hahaha.
Nasib baik la suami aku terjumpa mamat tu, bila aku cerita kat mak aku, yang aku ni suka kuda, mak aku pulak siap bagi duit untuk kami beli kuda tu, tu la yang dikatakan rezeki.
Semenjak hari itu, aku, suami dan anak kecilku sering berulang di Balik Pulau kerana belajar menunggang. Tapi hampeh... Mamat ni ajar menunggang lambat dapat.  Sampaila..aku wakaf kuda tu kat UUM sebab ada sedikit kontroversi sebab orang yang jaga kuda aku tu dera kuda aku sampai jadi kes polis.
Selepas kejadian tersebut, aku dan suami masih belum serik sebab teruja dengan kuda.  Aku pergi ke Veterinary Georgetown jumpa dengan bekas jokey juga tapi kali aku belajar dengan dia sehingga aku pandai trot.  Masa ni menang seronok.  Allah saja yang tahu.
Masa aku belajar berkuda ni, aku rasa tubuh aku semakin slim, tu yang best. Bila aku pergi timbang berat, wah...! 4 kilo juga turun.. Perut pulak menang kempis.. keyakinan diri meningkat.. Subhanallah.  Menang rasa luar biasa patut la jadi sunnah rasulullah.
Sekarang ni aku tengah dok uruskan kursus yang melibatkan pengurusan kuda sebelum menunggang, selepas menunggang dan penjagaan kuda yang betul... baru boleh bina bonding dengan kuda. Tunggu lepas ni ada banyak lagi cerita pasal kuda..tunggu...