Wednesday, January 22, 2014

Salam Sejahtera untuk semua

Travelog Srikandi Islam akan menceritakan kisah-kisah lawatan yang pernah  dilawati di bumi Allah ini insyaallah.  Mudah-mudahan kita dapat berkongsi pengalaman, apa yang kita percaya dan kita faham tentang kehidupan yang sebenarnya.  Hakikatnya kita semua sentiasa bermusafir dibumi Allah selagi hayat dikandung badan.  Maka marilah bermusafir disegelinap bumi Allah mengikut kemampuan kita.

Alhamdulilah setakat ini belum banyak tempat lagi yang aku pergi kerana tanggungjawap aku sebagai seorang anak,isteri dan ibu yang perlu aku penuhi.  Tapi kini anak-anakku telah membesar dan mereka sudah boleh berdikari dan mereka juga berkelana dibumi Allah ini kerana mencari redha Allah.  

Anak sulungku 19 tahun baru tamat pengajiannya di Darul Quran di Kuala Kubu, Selangor untuk pensijilan tahfiz al-quran. Anak keduaku 17 tahun melanjutkan pelajarannya di Pondok Bandar Hilir, Parit Panjang, Kedah dan anakku yang ketiga 12 tahun belajar di Pondok Misbahul Falah, Parit Panjang, Kedah.

Manakala ibuku seorang wanita yang sangat aku kagumi kerana kini dia berusia 74 tahun tapi dia telah mengambil satu keputusan berkelana dibumi Allah.  Aku sangat menghormati keputusan ibu untuk berhijrah demi mendapat redha Allah.  Bonda berhijrah dari Kuala Lumpur ke Pondok Misbahul Falah kerana ingin berkhidmat kejalan Allah.

Aku sangat berterima kasih pada ibuku kerana telah membuka peluang untuk kami sekeluarga untuk mengenali sistem pondok dengan lebih dekat lagi.  Kini kami sekeluarga mula beralih dari sistem pendidikan aliran perdana ke sistem pendidikan pondok yang lebih menjamin masa depan dunia dan akhirat kami insyaallah.

Aku sangat kecewa dengan sistem pendidikan sekarang.  Anak aku yang pertama alhamdulillah Allah permudahkan urusan dia UPSR 5A, PMR 5A, SPM 8A.  Oleh itu, dengan keputusan yang ada dia dapat melanjutkan pendidikan di SMKA Mahaad Hamidiah Kajang terus ke Darul Quran dan degree pertamanya di UIA.

Kata guru anakku yang kedua kebolehannya lebih kurang je dengan abang dia tapi lebih banyak main.  Keputusan UPSR dia 2A3B, PMR 5A dan Bahasa Arab dia dapat C jadi dia tidak layak masuk mana-mana sekolah agama.  

Aku masukkan dia disekolah menengah harian biasa tapi banyak yang aku tak puas hati tentang akhlak anak aku.  Aku pening kepala    
kerana akhlak anak kedua aku ketika itu tidak seperti anak aku yang pergi ke sekolah agama. Mereka hari-hari didedahkan dengan didikan agama hadis, al-quran dan macam-macam kitab yang mereka belajar pasal nak bentuk akhlak yang mulia. Tapi anak aku yang nombor 2 bila aku p sekolah dia aku naik pening kerana mereka langsung tidak dedahkan hal- hal agama seperti sekolah anak sulung aku.  Jadi akhlak mereka sangat berbeza.  Tidak cukup dengan didkan dirumah kerana persekitaran mereka tidak membantu untuk mempunyai akhlak yang mulia.



Aku dan suami sangat mengambil berat tentang pendidikan anak-anak kami sehingga kan aku sanggup berhenti kerja demi pendidikan mereka.  

Dulu aku pernah bekerja sebagai technician 1 di Hitachi Electronic di Bandar Baru Bangi. Manakala suamiku adalah seorang guru.  Kami sangat-sangat mengambil berat tentang kesihatan dan pendidikan mereka.

Pada suatu hari yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t ,anak kedua aku sering demam jadi aku terpaksa berjaga malam dan kemudian sering bercuti dari bertugas.  Dan sampai suatu ketika cuti aku habis dan tidak boleh bercuti lagi.  Tapi anak kecil ku ketika itu sangat-sangat memerlukan ibu di sisinya.  Lalu kami suami isteri berbincang demi kebaikan dan pembesaran anak yang sempurna aku mengambil keputusan berhenti kerja walaupun ketika itu aku bergaji besar dan dinaikan gaji dan pangkat.