Wednesday, January 22, 2014

Salam Sejahtera untuk semua

Travelog Srikandi Islam akan menceritakan kisah-kisah lawatan yang pernah  dilawati di bumi Allah ini insyaallah.  Mudah-mudahan kita dapat berkongsi pengalaman, apa yang kita percaya dan kita faham tentang kehidupan yang sebenarnya.  Hakikatnya kita semua sentiasa bermusafir dibumi Allah selagi hayat dikandung badan.  Maka marilah bermusafir disegelinap bumi Allah mengikut kemampuan kita.

Alhamdulilah setakat ini belum banyak tempat lagi yang aku pergi kerana tanggungjawap aku sebagai seorang anak,isteri dan ibu yang perlu aku penuhi.  Tapi kini anak-anakku telah membesar dan mereka sudah boleh berdikari dan mereka juga berkelana dibumi Allah ini kerana mencari redha Allah.  

Anak sulungku 19 tahun baru tamat pengajiannya di Darul Quran di Kuala Kubu, Selangor untuk pensijilan tahfiz al-quran. Anak keduaku 17 tahun melanjutkan pelajarannya di Pondok Bandar Hilir, Parit Panjang, Kedah dan anakku yang ketiga 12 tahun belajar di Pondok Misbahul Falah, Parit Panjang, Kedah.

Manakala ibuku seorang wanita yang sangat aku kagumi kerana kini dia berusia 74 tahun tapi dia telah mengambil satu keputusan berkelana dibumi Allah.  Aku sangat menghormati keputusan ibu untuk berhijrah demi mendapat redha Allah.  Bonda berhijrah dari Kuala Lumpur ke Pondok Misbahul Falah kerana ingin berkhidmat kejalan Allah.

Aku sangat berterima kasih pada ibuku kerana telah membuka peluang untuk kami sekeluarga untuk mengenali sistem pondok dengan lebih dekat lagi.  Kini kami sekeluarga mula beralih dari sistem pendidikan aliran perdana ke sistem pendidikan pondok yang lebih menjamin masa depan dunia dan akhirat kami insyaallah.

Aku sangat kecewa dengan sistem pendidikan sekarang.  Anak aku yang pertama alhamdulillah Allah permudahkan urusan dia UPSR 5A, PMR 5A, SPM 8A.  Oleh itu, dengan keputusan yang ada dia dapat melanjutkan pendidikan di SMKA Mahaad Hamidiah Kajang terus ke Darul Quran dan degree pertamanya di UIA.

Kata guru anakku yang kedua kebolehannya lebih kurang je dengan abang dia tapi lebih banyak main.  Keputusan UPSR dia 2A3B, PMR 5A dan Bahasa Arab dia dapat C jadi dia tidak layak masuk mana-mana sekolah agama.  

Aku masukkan dia disekolah menengah harian biasa tapi banyak yang aku tak puas hati tentang akhlak anak aku.  Aku pening kepala    
kerana akhlak anak kedua aku ketika itu tidak seperti anak aku yang pergi ke sekolah agama. Mereka hari-hari didedahkan dengan didikan agama hadis, al-quran dan macam-macam kitab yang mereka belajar pasal nak bentuk akhlak yang mulia. Tapi anak aku yang nombor 2 bila aku p sekolah dia aku naik pening kerana mereka langsung tidak dedahkan hal- hal agama seperti sekolah anak sulung aku.  Jadi akhlak mereka sangat berbeza.  Tidak cukup dengan didkan dirumah kerana persekitaran mereka tidak membantu untuk mempunyai akhlak yang mulia.



Aku dan suami sangat mengambil berat tentang pendidikan anak-anak kami sehingga kan aku sanggup berhenti kerja demi pendidikan mereka.  

Dulu aku pernah bekerja sebagai technician 1 di Hitachi Electronic di Bandar Baru Bangi. Manakala suamiku adalah seorang guru.  Kami sangat-sangat mengambil berat tentang kesihatan dan pendidikan mereka.

Pada suatu hari yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t ,anak kedua aku sering demam jadi aku terpaksa berjaga malam dan kemudian sering bercuti dari bertugas.  Dan sampai suatu ketika cuti aku habis dan tidak boleh bercuti lagi.  Tapi anak kecil ku ketika itu sangat-sangat memerlukan ibu di sisinya.  Lalu kami suami isteri berbincang demi kebaikan dan pembesaran anak yang sempurna aku mengambil keputusan berhenti kerja walaupun ketika itu aku bergaji besar dan dinaikan gaji dan pangkat.

Tuesday, January 21, 2014

Best Treasure Hunt di Penang dengan group USM 2013

Best pergi 'Treassure Hunt' dengan 'group' USM

 Lukisan yang anda lihat didinding ini merupakan arca yang dibuat dari besi dan ia di bentuk dalam pelbagai rupa.

Ini adalah antara 'street art' yang ada di George Town, sangat ramai pelancong asing dan dalam negara yang datang untuk melihat 'street art' ini.
Ini adalah pelajar USM dari pelbagai bidang.
                                         papan tanda jalan Lebuh Acheh 

Kami berkumpul di perkarangan Masjid jamek Lebuh Acheh Pulau Pinang sebelum bermulanya 'Treasure Hunt'.  Kami memulakan permainan ini dari sini dan dalam kumpulan kami ada 4 orang saja bagi setiap kumpulan.  Terdapat dalam 6 kumpulan ketika itu.


                                                              Barang-barang lama
Lukisan kanak-kanak di dinding

http://www.syokhost.com/
Di Jalan Acheh ini bukan kami saja malah ramai pelancong dari luar negara juga sibuk bergambar dengan lukisan 'street art' ini.  Ia menjadi daya tarikan untuk para pelancong baik dari dalam negara macam kami maupun dari luar negara kerana ia memang menarik.  Memang seronok !  Dengan adanya 'Treasure Hunt' ni kami lebih mengenali pekan Goerge Town ini.  Selepas itu kami ke Muzium Pulau Pinang dan kemudiannya kami ke Port Cornwillis.  Kemudiannya kami pergi makan di Padang Kota makan Pasembor.http://jamuherbabersalin.blogspot.com/http://www.syokhost.com/

USM: Perkhemahan bersama PBSM di Kem PLKN Sri Mutiara Pulau Pinang

 Kem Sri Mutiara Balik Pulau Pulau Pinang Ogos 2013 bersama Persatuan Bulan Sabit Merah

 


Pemandangan di Kem PLKN Sri Mutiara Balik Pulau Pulau Pinang amat cantik sekali.  Langit yang luas dan berbukit bukau, aku merasa sangat seronok kerana ini merupakan kali pertama aku mengikuti perkhemahan di sini.  Sebelum ini aku pernah juga mengikuti program seperti ini yang dianjurkan oleh USM iaitu Pimpin Siswa tapi di Grik, Perak.  Program ini bertujuan untuk memberi latihan kerjasama dan melakukan aktiviti lasak.

Saya amat mengagumi pemandangan di sini sangat cantik dan saya sangat teruja untuk memenuhi minat dan kegilaan saya pada fotografi.  Bila saja saya di sini saya tidak berhenti-henti mengambil gambar pemandangan yang sungguh indah ciptaan Allah s.w.t.  Saya mengambil gambar ini dari jarak yang sungguh jauh tapi kamera sony saya masih mampu mengabdikan keindahan pemandangan kampung di Balik Pulau ini.

Pemandangan ini saya ambil semasa kami dibawa 'jungle tracking'  jauh juga 3km kami berjalan.  Saya pula jalan terhenti-henti kerana nak ambil gambar, terlalu banyak pemandangan yang indah yang sukar dilepaskan.  Semaasa ini banyak macam-macam 'angle'  saya ambil.

 

Gambar yang saya masukkan ini belum cukup banyak tapi tidak mengapa kita akan berjumpa lagi ...Masih banyak yang nak ditunjukkan di Kem Sri Mutiara Balik Pulau ni.